Saturday, May 17, 2014

5 TIPS ASAS PENJAGAAN KESIHATAN



1. Tidur mesti cukup


  • Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


2. Makan makanan berkhasiat


  • Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata. 


3. Luangkan masa untuk diri sendiri 


  • Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 


4. Elakkan Stress. 



  • Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


5. Bersenam


  • Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 







8 comments:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin