Sunday, May 11, 2014

5 KHASIAT MAKANAN SUNNAH


Di entry kali ini saya mahu berkongsi maklumat berkenaan Makanan Sunnah. Ada sesetengah makanan adalah makanan ruji harian kita dan ada juga yang tidak pernah kita ketahui khasiatnya.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Selepas ini, bolehlah kita mengoptimumkan kesihatan ahli keluarga setelah mengetahui khasiat makanan ini. Tetapi, sekiranya masalah / penyakit yang dihadapi masih tidak sembuh, silalah rujuk kepada pihak yang lebih pakar.



1. AIR ZAM-ZAM 

Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah. 

Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut: 

  • “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” 

Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya. 


2. KURMA 



Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19: 

  • "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan" 

Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang). 

Nabi s.a.w. pernah bersabda: 

  • "Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan" 

Sabda Nabi yang lain:

  • "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu" 

Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.


3. ZAITUN 

Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. 

Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut. Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. 


4. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA) 

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda: 

  • "Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati" 

Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema.




5. BUAH TIN 


Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.



2 comments:

  1. Thanks for sharing! Now I know more about good food for Muslims.

    ReplyDelete
    Replies
    1. your are welcome..
      now your knowlodge about good
      food for muslim..and also u can eat :P

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin