Thursday, October 10, 2013

10 CARA MENGATASI DAN MENGHILANGKAN STRES



Anda tertekan dengan masalah kerja yang melanda mahupun masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan setelah sekian lama? jom baca 10 cara mengatasi dan menghilangkan stress. Cuba anda ambil masa selama 10 minit dan lakukan salah satu antara aktiviti-aktiviti dibawah ini setiap hari.

1.      Berjalan
Berjalan kaki akan dapat menenangkan fikiran dan menyihatkan badan. Tahukah anda dengan hanya berjalan kaki, anda akan dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kanses usus besar? Jika takut terkena sinaran matahari yang terik tidak perlulah anda bersusah-payah berjalan di taman-taman ataupun di jalanraya dibawah sinar mahatari terik. Window shopping di dalam pusat membeli belah juga merupakan satu terapi berjalan kaki yang nyaman!

2.      Meregangkan Badan
Kalau dulu nenek moyang kita turun ke sawah bendang untuk bekerja, generasi moden zaman sekarang kebayakkannya menyelesaikan tugas-tugas pejabat dengan menggunakan komputer. Komputer riba, komputer meja, telefon pintar, malah yang terkini pelbagai jenis Tablet di gunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas pejabat dan bersosial. Sudah pasti badan akan menjadi letih, lesu dan sendi-sendi akan menjadi sakit oleh kerana terlalu lama menghadap komputer dan lain-lain. Maka, apa yang anda boleh lakukan, dalam masa 10 minit, cuba anda bangun daripada kerusi dan renggangkan tangan dan kaki anda. Kesan daripada renggangan, sendi-sendi yang tegang akan menjadi longgar dan oto-otot akan menjadi kendur. Insya-Allah anda tidak akan berasa sakit lagi dan boleh melaksanakan tugas dengan lebih selesa.

3.  Menulis
Jika dulu menulis hanya terhad di atas kertas ataupun didalam buku. Tetapi kini tidak lagi. Anda boleh menulis di dalam blog, facebook, microsoft words, twitter dan banyak lagi medium penulisan yang lain. Menulis dapat menajamkan pemikiran seseorang disamping mengukuhkanvocabulary seseorang itu. Tetapi, janganlah pula anda menulis sesuatu yang tidak elok, tidak sopan, menggugat keamanan negara dan racist. Siapa tahu mungkin juga dengan menulis anda dapat menjana wang dan menjadi seorang jutawan? Lebih baik sekiranya bahan penulisan anda dapat mendekatkan rakan-rakan anda dengan nilai-nilai murni Islam. Mudah bukan?

4.      Membaca
Membaca jambatan ilmu. Sedih sekiranya anda menjadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak membaca sedangkan membaca dapat meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Mungkin anda telah menjadi seorang peguam, seorang doktor mahupun seorang jurutera yang berjaya tetapi anda sepatutnya berterusan membaca ilmu-ilmu lain agar anda dapat informasi mengenai perkara-perkara yang diluar bidang anda. Tetapi perlu diingatkan, usah membaca sesuatu tajuk itu daripada sumber yang sama sahaja. Selalunya, membaca daripada pelbagai sumber yang berlainan akan dapat menajamkan pemikiran kita lantas menjadikan kita seseorang yang bijak menilai baik dan buruk sesuatu. Oh ya, masih ingatkah lagi peristiwa ketika Nabi Muhammad S.A.W diajar Jibril untuk membaca? Jika tidak, anda boleh cuba membaca semula sejarah tersebut sekarang. :)  

5.      Bercakap
Dalam masa 10 minit anda boleh mengeratkan hubungan sesama rakan anda dengan bercakap. Tanyalah khabar mereka dan kongsilah kisah anda dengan mereka. Tapi jangan pula anda lupakan keluarga dikampung halaman! Sudah-sudahlah gunakan kredit prabayar anda untuk menelefon si dia, daripada anda menjerumuskan diri anda kepada maksiat lebih baik anda telefon keluarga di kampung halaman yang sudah lama tidak anda temui. Sudah tentu mereka juga merindui anda. Lebih-lebih lagi raya sudah hampir tiba.

6.     Mengemas
Saya akui, selama ini saya juga malas untuk mengemas. Kadang-kadang keletihan akibat terlalu banyak bekerja menyebabkan saya mengabaikan kekemasan persekitaran. Mulai hari ini marilah sama-sama kita rajinkan diri untuk mengemas kawasan rumah kita samada diluar, diruang tamu, didapur mahupun didalam bilik tidur. Tahukah anda, kajian daripada Universiti Indiana Amerika Syarikat mendapati mengemas rumah selama 3 jam dapat menurunkan kadar darah tinggi selama lapan jam! Ini bermakna jika anda ingin kekal sihat dan cergas, lakukanlah kerja kerja mengemas dengan ikhlas dan berterusan.

7.      Tidur Petang

Ha, saya pasti ramai yang suka dengan isi nombor 7 ni kan? Ya, tidur memang seronok lagi-lagi ketika hujan. Tetapi, tidur yang dimaksudkan disini bukanlah tidur yang berpanjangan dan berterusan diwaktu petang. Disini saya ingin menyatakan bahawa tidur petang yang dimaksudkan ini adalah tidur seketika sebelum zohor. Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." 

8.      Merancang
Dengan masa yang sedikit iaitu selama 10 minit, anda boleh merancang jadual mingguan anda. Dengan merancang, anda boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diperlukan, menjimatkan masa, tenaga dan mungkin menjimatkan duit. Hidup tanpa rancangan kebiasaanya mengundang musibah. Bayangkan anda pergi melancong tanpa rancangan khusus dan tiba-tiba anda terasa hendak ke sebuah pulau yang asing dan tidak berpenghuni, apabila sampai dipulau tersebut anda memasang khemah dan menukar pakaian, tetapi anda teringat anda langsung tak bawa makanan. Macam mana? 

9.      Mengkaji
Kita berada di zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Mungkinlah dulu manusia yang malas memberi alasan untuk tidak mengkaji kerana pada masa itu tidak wujudnya komputer, google, wikipedia dan sebagainya. Tetapi sekarang untuk mengkaji anda cuma perlu duduk diatas kerusi, letak jari jemari anda di atas papan kekunci, tekan butang enter dan pap! semua maklumat yang anda ingin kaji akan terkeluar mengikut senarai. Mudah bukan? Jadi mengapa kata tidak?

10.     Berzikir,berselawat atau beristighfar

Masya-Allah. Tiada yang  lebih baik daripada mengingati Allah dan berselawat kepada junjungan-Nya. Ini tidak, kebanyakkan kita lebih gemar memaki hamun tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mengapa tidak kita berzikir dengan nama Allah? Bukan sahaja diatas jalan raya malah dimana-mana sahaja. Baiklah, sekarang jam akan menunjukkan pukul 1 tengahari, ini bermakna sudah tiba waktu makan tengahari. Apa kata sekiranya kita semua berzikir dan berselawat bersama-sama selama 10 minit sebelum mula menjamu selera? :)

No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin