Sunday, October 13, 2013

15 CARA UNTUK MENGENALI CIRI-CIRI PELAJAR GAGAL.


Di bawah saya senaraikan 15 cara untuk mengenali ciri-ciri pelajar yang gagal, bagaimana anda tersenarai di antara senarai di bawah? sekiranya ada itu tandanya anda perlu berubah kepada yang lebih baik, Senarai dibawah adalah sekadar rujukan untuk kita mengenali diri sendiri! apa lagi jom berubah dari kepada ciri-ciri pelajar gagal kepada ciri-ciri pelajar yang lebih berpotensi untuk berjaya.



1. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

2. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

3. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 

4. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral 

5. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan. 

6. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

7. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari. 

8. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu. 

9. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting. 

10. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

11. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka. 

12. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas. 

13. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran. 

14. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

15. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri. 

16. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal. 


No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin