5 KEBAIKAN MENDERMA DARAH | Panduan, Tips & Petua Blogs

Search This Blog

5 KEBAIKAN MENDERMA DARAH


Tahukan anda bahawa selepas menderma, darah  akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan di sini saya senaraikan 5 kebaikan menderma darah


1. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.


3. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

4. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

5. Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.


No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...