TIPS MENGHINDARI MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU | Tips & Panduan Blog's

TIPS MENGHINDARI MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU


faktor kualiti udara terjejas berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan hujan sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan terjadi Jerebu dan keadaan ini tidak begitu bagus kerana memberi kesan kepada kualiti udara serta boleh menyebabkan berlaku masalah kesihatan, sebelum ini turut dikongsikan tips untuk menghadapi cuaca panas yang boleh anda amalkan.

  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


3 comments:

  1. Wahh... superman pun tak tahan terbang dlm jerebu... semput ooo hehee. Thanks sharing tips.. :)

    ReplyDelete
  2. alamak supermen kita sakit la...
    good info...

    ReplyDelete
  3. Good tips. Superman should follow the advice too.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P