5 PETUA TRADISIONAL MELEGAKAN SAKIT GIGI | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

5 PETUA TRADISIONAL MELEGAKAN SAKIT GIGI


Sakit gigi! ramai diantara kita akan mengeluh sekiranya sakit gigi kerana akan membuatkan diri kurang gembira akibat sakit. Semua orang inginkan gigi yang bersih, putih dan sihat. Di bawah saya kongsikan beberapa tips dan petua tradisional untuk melegakan sakit gigi, sebelum itu mari kita membaca info mengenai apa itu gigi dan gusi, owh sebelum terlupa sebelum ini pernah dikongsikan tips penjagaan gigi bagi anda tercari-cari cara dan panduan penjagaan gigi yang betul boleh baca info 6 tips penjagaan gigi.



Apa itu gigi?

struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrata. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan, terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.

Apa itu gusi?
ianya terdiri daripada tisu lembut yang mengelilingi bahagian bawah gigi (akar gigi).



Petua 1

Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

Petua 2

Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

Petua 3

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

Petua 4

Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

Petua 5

Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.


P/s: Ini sekadar perkongsian rawatan tradisional, sekiranya sakit gigi anda kronik amatlah digalakkan berjumpa dengan doktor gigi.


8 comments:

  1. Great tradtional methods to alleviate the tooth pain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup another way tradiosional methods
      we can try "P

      Delete
  2. lagi satu petua... kalau sakit gigi pergi cabut ;)

    ReplyDelete
  3. kalau dah berlubang...rosak teruk...pergi cabut ja...kadang2 bila ditampal..bertambah sakit

    ReplyDelete
  4. Kak sarah pernah cuba letak bunga cengkih ..berkesan jgk.

    ReplyDelete

  5. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi dengan menggunakan kaedah tradisional. Sebaik-baiknya kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala ini.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P