Tuesday, April 22, 2014

Insomnia - Gangguan Tidur Waktu Malam



Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan lebih mendalam apa itu insomnia dan tips cara menghilangkan insomnia


Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.


A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia


B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu


sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak


* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.


* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

3 comments:

  1. thx for the info sobri...kdg2 sis kena gak...tp lebih sbb ubat hipertensi....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tak mengalami lagi insomnia. Cuma bila tidur awal & terjaga jam 1 atau 2 pagi utk bngun settlekan kerja & bw sejam 2 sblum tidur balik hingga subuh. Mmg dari kecil jenis yg tidur2 ayam.. bnyk tidur rasa berpenyakit pulak... nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. Insomnia can cause a lot of health issues, agree!

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin