INFO: RISIKO MENDAPAT PENYAKIT KANSER | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

INFO: RISIKO MENDAPAT PENYAKIT KANSER


Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman.

Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka. Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak, di bawah saya kongsikan faktor berisko mendapat penyakit kanser


Tahukan anda kita sangat berisiko untuk menghidapi lebih 200 jenis kanser,
sekiranya kita tidak mementingkan cara penjagaan kesihatan secara efektif.


Takutkan, membaca statistik yang dijalankan di Malaysia, ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.


Di sini juga saya ingin berkongsi sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.
  • Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  • Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. 
  • Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  • Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.

4 comments:

  1. sel kanser ni ada dalam setiap tubuh seseorang...cuma ianya samada aktif atau tidak...jadi kita janganlah mengaktifkan sel2 kanser tu...tips yg diberi tentu boleh membantu...tq berkongsi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih sis atas tambahan informasinya..saya sokong skali lebaih baik mencegah

      Delete
  2. Tips & peringatan yg bermanfaat... t kasih..
    3x kfc.. :D

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P