INFO: APAKAH ITU PENYAKIT RESDUNG | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

INFO: APAKAH ITU PENYAKIT RESDUNG


Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.




Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.


Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau, itu antara tanda-tanda penyakit resdung

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak


Apakah itu penyakit resdung ?

Istilah Perubatan Tradisional
  • Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik 
  • Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan

8 comments:

  1. fuh bahaya ya... kena ambil langkah berjaga2 la sebab kdg2 ada gak terjadi simptom2 resdung mcm kat atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perlukan kesedaran.. at lease kita kena ambil tahu :P

      Delete
  2. salam. sy ada masalah ni..berubat pakai ubat kampung ja..:) alhamdulillah berkurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. ya berubat cara kmpung slah satu alternatif :P

      Delete
  3. informasinya keren, penjelasannya juga menarik :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P