4 FAKTOR BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT KANSER. | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

4 FAKTOR BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT KANSER.


 

Sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.
  • Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  • Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. 
  • Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  • Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.


2 comments:

  1. Semoga kita semua dijauhi dari penyakit kanser... aamiin.. T kasih atas perkongsian ini ye...

    ReplyDelete
  2. Ya semoga kita dijauhkan.. sama-sama bro khir

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P