9 PANDUAN MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA DALAM MAKANAN | Tips & Panduan Blog's

9 PANDUAN MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA DALAM MAKANAN


Segala yang manis ini memang sedap dimakan tetapi jika terlebih makan, yang menanti anda adalah sesuatu yang menakutkan. Setelah mengambil makanan bergula kegemaran, seseorang akan mengalami pertambahan tenaga, namun setelah beberapa ketika, tahap gula di dalam darah akan turun sehingga membuat anda semakin ketagihan gula. Ini berlaku kerana tubuh telah terbiasa memiliki tahap gula dalam darah yang tinggi. Terlalu banyak gula akan melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih. Sebelum ini telah dikongsikan tips menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat, kali inipula akan dikongsikan Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan



1. Pilih makanan daripada bahan pemanis semulajadi

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, antara makanan yang memiliki bahan pemanis semulajadi ialah buah-buahan. Ianya sangat sangat lah elok, kerana di dalam buah-buahan ni terdapat vitamin-vitamin yang kita perlukan


2. Kurangkan gula didalam resepi masakan

Ini amatlah disyorkan ya. Yela kadang kala, lebihan gula tu datang sendiri dari masakan kita. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Aicehhh.


3. Kurangkan penggunaan susu pekat

Memang dah tahu kan, susu pekat ni sangatlah manis. Kalau diet tang lain, tapi masih guna susu pekat banyak-banyak tak ada guna dik oii. 


4. Kurangkan minuman berkarbonat

Seperti semua tahu, minuman berkarbonat ni terlalu tinggi kandungan gulanya. Jangan percaya jika di air tersebut menulis "less sugar", hakikatnya sama je tinggi kandungan gulanya


5. Kurangkan makanan manis

Ini sangat perlu ya, yela kata nak diet kurang makan manis, tapi duk bedal cokelat. Baik tak payah yea .


6. Banyak minum air putih

Tips ni memang semua orang tahu, minumlah air putih banyak-banyak. Jangan pula anggap 100 plus tu air putih pulak yea. Minum air putih ni bagus untuk tubuh, dapat natural beauty lagi.


7. Makan secara teratur

Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari. Makan secara teratur akan memberikan tubuh bertenaga sepanjang hari dan mengatur tahap gula dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat kerana semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk ke dalam aliran darah.


8. Jaga keseimbangan pola makanan

Jaga keseimbangan hormon tubuh. Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah yang menyebabkan kadar insulin naik. Sebaiknya pola makanan harus terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan karbohidrat dalam aliran darah dan memberi sumber tenaga yang stabil.


9. Baca label makanan

Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung. Sebahagaian makanan, kadar gulanya tersembunyi kerana tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa, glukosa maltosa, fruktosa dan sebagainya. Berhati-hati dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.

SUMBER:

4 comments:

  1. mmg kena kurangkan gula kalau tak dpt kencing manis
    pulak kan...nice foto tu,terliur lak bln puasa nie hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula ni mmg pemanis utk makanan... tp klu tak dikawal akan memudaratkan pula kan.. t kasih atas peringatan & tips ini.. :)

      Delete
  2. It's good to reduce sugar intake in our food.

    ReplyDelete
  3. Revisit to refresh on the great tips!

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P