TIPS UNTUK BERJIMAT CERMAT DI RUMAH | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

TIPS UNTUK BERJIMAT CERMAT DI RUMAH

Pelbagai cara boleh digunakan dalam berjimat cermat di  rumah atau pejabat. Amalan ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari. Sebelum ini telah dikongsikan tips dan panduan berjimat untuk para pelajar iaitu tips berjimat secara bijak ketika berbelanja dan tips berjimat untuk pelajar universiti Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk berjimat cermat ketika di rumah.


1 Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.


2 Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakkan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.

3 Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastic kerana ianya sukar untuk dilupuskan.

4 Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.


5 Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.

6 Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.

7 Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi ke dalam baldi untuk mencuci kereta.

8 Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.

9 Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.

10 Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh menggurangkan antara 25% sehingga 50% pengunaan air.

11 Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda.

12 Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat menggurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.

13 Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

14 Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.


15 Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan "standby mode" selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan "standby mode".




2 comments:

  1. menarik...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..
      smoga bermanfaat bagi yang
      membaca bro :)

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P