10 CARA MENURUNKAN BERAT BADAN | Tips & Panduan Blog's

10 CARA MENURUNKAN BERAT BADAN



Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan. Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa percaya terhadap diri sendiri. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan, antaranya menurunkan berat badan hanya dengan bersenam. 


Senaman amat penting untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan hanya bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan akan menyebabkan berat badan amat susah diturunkan, malah berat badan akan bertambah.

Ini kerana ramai orang mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan kalori yang sudah dibakar maka tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang diambil. jika anda ingin menurunkan berat badan secara maksimum, maka jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal jumlahnya walaupun anda bersenam. sebelum ini telah dikongsikan 5 tips tabiat seharian yang boleh menyebabkan masalah kegemukan yang boleh anda rujuk!


Berikut adalah 10 tips mudah menurunkan berat badan yang boleh anda terapkan dalam azam anda untuk menurunkan berat badan.


1. Saya Boleh!

Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.



2. Sarapan Adalah Wajib

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.



3. Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi

Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.



4. Elak Diet Sementara

Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.


5. Makan Dengan Teratur

Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.


6. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


7. Pilih Makanan Yang Menyihatkan

Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.



8. Lakukan Senaman Dan Bersukan

Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.



9. Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam

Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.



10. Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat dan turunkan berat badan kerana kesihatan

Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah. Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.


7 comments:

  1. Replies
    1. he..he sikit -sikit
      kita cuba tingalkan tabiat tu :P

      Delete
  2. Great methods to reduce weight!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope can help everyone out there
      to maintaine our healty ! :P

      Delete
  3. mereka yang nak kurus boleh la ikut petua nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak kurus pun boleh..
      sbab step ni bagus utuk lifesty kita :P

      Delete
  4. Tips yg sgt bagus utk kesihatan juga ni.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P