KHASIAT DAN KEBAIKAN MAKANAN SUNNAH | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

KHASIAT DAN KEBAIKAN MAKANAN SUNNAH


Berkongsi maklumat berkenaan Makanan Sunnah. Ada sesetengah makanan adalah makanan ruji harian kita dan ada juga yang tidak pernah kita ketahui khasiatnya. Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.



1. MADU LEBAH 


Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan. Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit. 

Sabda Nabi s.a.w.: 

"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya" 

Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong. Madu yang paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk. 



2. SUSU KAMBING 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana" 

Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang. Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu. 


3. ZA'FARON / SAFRON 


Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya: 

"Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir" 

Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah. 


4. BARLI 

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.  Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula). 


5. DELIMA 


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman: "Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima" 

Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.


Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Selepas ini, bolehlah kita mengoptimumkan kesihatan ahli keluarga setelah mengetahui khasiat makanan ini. Tetapi, sekiranya masalah / penyakit yang dihadapi masih tidak sembuh, silalah rujuk kepada pihak yang lebih pakar.

7 comments:

  1. Assalammualaikum.. sobri,

    nice , terima kasih info nie... bagus sesangat suka susu kambing dengan buah delima..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam..
      samalah kita
      itu antara makanan sunnah yang saya suka..
      tambahan buah delima :P

      Delete
  2. good info. Saya amalkan kurma untuk tenaga tambahan.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P