TIPS BAGAIMANA CARA UNTUK MEMINTA MAAF | Tips & Panduan Blog's

TIPS BAGAIMANA CARA UNTUK MEMINTA MAAF


      Bagaimana cara meminta maaf dengan berkesan.

  • Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
  • Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
  • Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
  • Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
  • Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
  • Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia
  • Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
  • Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
  • Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.


Panduan-panduan:


Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.

•Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.

• Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.


1 comment:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P