Saturday, October 6, 2018

TIPS UNTUK KELIHATAN CANTIK SEPANJANG MASA


1. Bina Keyakinan - Cara Untuk Kelihatan Cantik

Dengan membina keyakinan diri, ini akan membantu anda untuk memahami kecantikan semula jadi diri anda. Berdiri tegak. Senyum pada diri anda. Perhatikan perkara-perkara yang positif. Jika anda perasan akan kecacatan pada diri anda, baiki atau betulkan. Mungkin anDA boleh cuba langkah-langkah yang berikutnya.


2. Jaga Kulit dan Badan - Cantik Sahaja Tidak Mencukupi

Pastikan anda menjaga kebersihan diri kerana ia penting untuk kelihatan cantik. Mandi setiap hari untuk mendapatkan bau yang harum dan segar. Basuh badan anda dengan cecair mandian yang berbau harum dan basuh rambut anda selang sehari. Jika anda basuh setiap hari, kulit kepala akan menjadi kering dan terkelupas. Jika rambut anda semula jadi berminyak, gunakan syampu yang bersesuaian untuk menghalang rambut daripada menghasilkan minyak berlebihan. Basuh rambut dengan mengurut kulit kepala dengan syampu menggunakan hujung jari anda. Bilas dan ulang sebanyak 2 kali. Kemudian basuh dengan kondisioner untuk rambut yang bersinar dan menghalang daripada kusut. Urut rambut anda selama 20 saat dan biarkan selama 2 minit. Bilas dan ulang lagi.

Selain penjagaan rambut , anda juga digalakkan menggunakan deodoran bagi memastikan diri anda segar dan menghalang bau badan kerana kelihatan cantik saja tidak mencukupi jika badan berbau. Bagi penjagaan muka pula, basuh muka secara tetap. Ini akan menghalang pori-pori daripada tersumbat dan membantu menghilangkan jerawat. Gunakan pembersih muka tanpa minyak 2 kali sehari dan di dalam masa seminggu atau 2 minggu , kulit anda akan menjadi lebih bersih. Anda harus ingat untuk melembapkan muka anda dengan air suam sebelum membasuh muka kerana ia akan membuka pori-pori . Bilas dengan air sejuk selepas anda membasuh muka untuk menutup pori-pori .


3. Mengenakan Solekan Muka - "Simple Tapi Cantik"

Anda haruslah mencuba untuk tidak terlalu ghairah dengan solekan untuk tampak cantik. Tampilkan diri anda yang semula jadi. Jika anda perlu bersolek, memakai sedikit maskara, mengenakan celak, pengilat bibir dan sedikit bedak asas. Gunakanlah bedak asas cecair kerana ia membuatkan kulit anda lebih semula jadi dan berpadanan dengan kulit.


4. Melakukan Senaman - Kekal Cergas Dan Cantik

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari dan dalam masa seminggu, anda akan perasan berat badan akan berkurangan dan otot badan menjadi lebih kuat. Anda diingatkan supaya mengurangkan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh anda adalah tinggi
daripada kadar purata kerana ini dapat membantu anda kelihatan lebih cantik.


5. Makan Makanan yang Menyihatkan

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan anda tenaga yang diperlukan dan membuatkan anda sihat dan hebat. Ia juga membaiki kulit muka ia lebih sihat dan cantik. Ambil bahagian hidangan yang dicadangkan di dalam piramid makanan dan pastikan anda mendapat
zat yang diperlukan. Jangan lupa minum cukup air. Air melindungi kita daripada masalah kesihatan
dan boleh membuatkan kulit anda berseri-seri.


6. Jadilah Diri Sendiri - Unik 

Menjadi individu yang unik akan membuatkan anda lebih hebat .Mempunyai personaliti
semula jadi akan membuatkan anda menonjol dengan cara yang positif kerana ia mempunyai daya
kecantikan yang tersendiri. 








No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin