5 TIPS PENTING MERANCANG PERCUTIAN | Tips & Panduan Blog's

5 TIPS PENTING MERANCANG PERCUTIAN

Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Di bawah saya kongsikan 5 tips merancang perniagaan 


1.TEMPAHAN AWAL

Pengangkutan dan peginapan semasa bercuti haruslah ditempah lebih awal. Kelewatan menempah lebih awal mungkin akan mendatangkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti tiada kekosongan bilik pada tarikh yang dikehendaki atau anda terpaksa menunda tarikh percutian anda. Selain itu, bagi anda yang menaiki pesawat untuk ke lokasi pelancongan seeloknya lakukanlah penempahan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah disamping dapat menjimatkan anda…

2.PENGANGKUTAN

Anda perlu mengenal pasti jenis kenderaan anda dan juga jadual perjalanannya sebelum anda bertolak untuk bercuti. Jangan lupa pastikan yang anda bergerak lebih awal agar tidak ketinggalan sekiranya anda menaiki bas atau penerbangan.


3.PAKEJ PERCUTIAN

Kaji pelbagai pakej percutian yang berbeza kerana setiap pakej mempunyai harga yang berlainan megikut jenis penginapan, pengangkutan dan juga perkhidmatan lain yang ditawarkan. Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.


4,PETA

Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.


5.PENGGUNAAN WANG TUNAI

Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

2 comments:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P