TIPS POSITIF DI DALAM KEHIDUPAN | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

TIPS POSITIF DI DALAM KEHIDUPAN


Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. 

Contohnya ibu yg positif akan maafkan anaknya yg tumpahkan air. Tapi ibu yg negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dgn senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yg ada dalam hati mereka Tuhan saja yg tau.

Sentiasa Positif Di Dalam Kehidupan

Pastikan sekeliling kita bersih

Hati yg gembira juga dipengaruhi oleh persekitaran kita. Bersihkan rumah/pejabat/bilik kita supaya kita jadi lebih tenang. Mata yg serabut, otak pun akan serabut. Rasa baru jatuh semangat? Mulakan dengan bersihkan persekitaran kita. Jika satu rumah berterabur, mulakan dengan bilik yg anda selalu gunakan.


Hargai kehidupan

Dengar lagu yg anda suka. Baca buku yg boleh meningkatkan inspirasi kita. Jalan di taman dan tengok pokok menghijau dan burung yg berkicauan. Haiwan perliharaan pun boleh menenangkan jiwa, kucing, anjing (non muslim), arnab, ikan etc. Melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kurang upaya pun boleh meningkatkan semangat kita disamping boleh membuat amal.


Senyumlah selalu

Ini mungkin nampak kecil, tapi jika kita banyak senyum walaupun berseorangan, kita akan jadi lebih positif. Bila masak, kita senyum. Bila memandu, kita senyum. Bila di bilik air, senyum juga. Bila kita berfikir untuk membuat sesuatu, badan kita akan bergerak. Fikiran dan perbuatan ni perkara yg seiring. Jadi bila kita senyum, walaupun dibuat-buat, lama kelamaan otak kita pun akan fikir positif.


No comments:

Post a Comment

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P