TIPS MUDAH UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN GIGI | Tips & Panduan Blog's

TIPS MUDAH UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN GIGI


tahukan anda bahawa Gigi penting untuk menghadamkan makanan. Gigi perlu dijaga dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat. Memandangkan gigi merupakan antara aset yang terpenting di wajah kita, entry hari ini, saya akan berkongsi tips bagaimana cara untuk mencegah kerosakan gigi supaya gigi sentiasa sihat dan kelihatan cantik. entry sebelum ini ada dikongsikan tips penjagaan kesihatan diri,untuk kali ini dikongsikan 5 tips mencegah kerosakan gigi yang boleh anda amalkan.

Tip-Tip Mencegah kerosakan Gigi 
Bagaimana Cara Menjaga Kesihatan Gigi


  • Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Gosok pada waktu pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur. Sebaiknya guna ubat gigi yang mempunyai florida. Terdapat juga ubat gigi yang membantu merawat gigi sensitif seperti jenama Sensodyne.
  • Jika tidak sempat memberus gigi pada waktu makan tengahari, amalkan berkumur untuk membuang sisa makanan. Sisa makanan yang tersimpan di dalam mulut dan di celah gigi boleh menyebabkan penyakit berbahaya pada gigi. Berkumur dengan menggunakan cecair khas seperti Listerine dan Colgate Plax. Kita sedia maklum, cecair boleh sampai pada setiap sudut gigi berbanding ubat gigi pepejal.
  • Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
  • Kurangkan minuman sejuk yang terlampau. Minuman sejuk terlampau boleh menyebabkan gigi sensitif.
  • Tukar berus gigi selepas 3-4 bulan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria berpenyakit melekat pada berus gigi.
  • Berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan membersih gigi. Di samping itu, boleh juga memeriksa kesihatan gigi dengan lebih mendalam.

2 comments:

  1. I brush my teeth 2 time in the morning and evening before go to bed. Thank you tips.

    ReplyDelete
  2. ada maklumat di internet yg kata fkorida x baik untuk kesihatan for long term . My anak buah sibuk nak guna kayu sugi ...heheheee

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P