Wednesday, January 7, 2015

PETUA KEMPISKAN PERUT BUNCIT



1. Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak 

Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum. 

2. Banyakkan senaman kardio 

Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk dihentikan. 

3. Jangan kurang / lebih tidur 

Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak. Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat. 

4. Berhenti minum minuman bersoda 

Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong. 

5. Bersenam secara bijak, bukan secara keras 

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar. 

1 comment:

  1. terima kasih atas info sobri...sedang berusaha ni...hehehe...RHB tuk sobri..

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin