10 TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT | Tips & Panduan Blog's

10 TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT


Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan. Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa percaya terhadap diri sendiriSentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. 


Berikut adalah 15 tips mudah menurunkan berat badan yang boleh anda terapkan dalam azam anda untuk menurunkan berat badan.

1. Makan Dengan Teratur

Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.


2. Banyakkan Pengambilan Serat.

Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.


3. Pilih Makanan Yang Menyihatkan

Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.


4. Lakukan Senaman Dan Bersukan

Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.


5. Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam

Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.


6. Banyakkan Pengambilan Protein

Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.


7. Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk

Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.


8. Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat

Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.


9. Catat Setiap Perkembangan

Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.


10. Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.

Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.

6 comments:

  1. sedang berusaha ni sobri :)..terima kasih atas tips

    ReplyDelete
  2. wow tips yang baik

    nampak menarik buah betik letak ais di dalam
    terliur pulak

    ReplyDelete
  3. mengunyah waktu mlm time layan astro ... kekadang tu best jer rasanya . heheee

    ReplyDelete
  4. tang senaman tu lah yg berat sikit...hihi

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P