PANDUAN KEMBALIKAN SEMANGAT MENULIS BLOG | Tips & Panduan Blog's

PANDUAN KEMBALIKAN SEMANGAT MENULIS BLOG



1. Usah memaksa diri

Apa kata tutup komputer buat seketika dan buat aktiviti lain yang disukai seperti membaca, menonton televisyen, bersiar-siar, bercuti atau bermain-main dengan kucing. Mungkin aktiviti sebegitu boleh dijadikan bahan untuk menulis entri.

2. Blogwalking

Peruntukkan masa untuk blogwalking dan membaca entri baru di blog rakan-rakan blogger. Mungkin hasil dari pembacaan itu boleh mencetuskan idea untuk kita menulis entri.

3. Terbitkan entri secara berjadual

Ada masanya idea datang mencurah-curah. Tuliskan idea itu di dalam buku nota atau telefon bimbit. Kemudian draf idea berkenaan menjadi satu entri lengkap. Terbitkan secara berjadual sekurang-kurangnya satu entri pada setiap hari.
4. Mengikuti segmen

Untuk mengelakkan blog sepi tanpa entri, bolehlah mengikuti segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Selain daripada dapat menambahkan kenalan, jika bernasib baik mungkin boleh menang hadiah juga.

5. Berfikiran positif

Kadangkala kita akan menerima kritikan yang tidak membina daripada sesetengah individu (selalunya dari Anonymous). Komen itu tentunya akan mematahkan semangat kita. Bermuhasabah diri dan cuba perbaiki apa yang patut.

6. Tukar template blog

Mungkin kita akan berasa bosan apabila melihat template dan susun atur yang sama di blog kita setiap hari. Apa kata sesekali tukar template blog atau ubah kedudukan widget di blog.

7. Motivasi duit

Walaupun duit bukanlah tujuan sebenar untuk berblog, namun ianya juga boleh dijadikan motivasi. Sambil blogwalking mendermalah dengan cara tolong klik iklan rakan-rakan blogger. Mungkin mereka juga bermurah hati untuk klik iklan kita. 

Credit: Mizz Aiza

3 comments:

  1. Great guide for blogging spirit!

    ReplyDelete
  2. terima kasih sobri...bagus ni..kdg2 mmg ilang mood..
    2 promoted content tuk sobri :)

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni... tp kdg2 saya bersemangat nak tulis blog tp sibuk pulak ada hal lain.. trpaksalah sabar kejap.. :D

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P