Monday, July 7, 2014

5 TIPS MENGHADAPI KRITIKAN


5 Tips Menghadapi Kritikan

Tahan Diri daripada Marah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.


SUMBER:


6 comments:

  1. xsemua orang mampu oo tahan kritikan..Tapi kalau orang tu sabaq dan banyak membaca kisah2 yang memotivasikan In Shaa Allah.. Contoh: Sahabat Nabi, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua mampu dan menerima kritikan..
      penerimaan kita adalah berbeza bro..
      insaallah tq sharing bro!

      Delete
  2. bukan mudah tahan kritikan ni

    ReplyDelete
  3. Tak semua boleh sabar dengan kritikan...menambahkan stress adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...
      sebeb penerimaan kita berbeza.. jadikalaunak bg kritikan..
      bkan menjatuhkan tapi membina

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin