11 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH TEMBIKAL | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

11 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH TEMBIKAL


Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain. Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan adakah anda tahu bahawa buah tembikal mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. Antara kebaikan buah tembikal ialah mempunyai vitamin c yang mampu mencegah penyakitb asma, mampu mengawal darah,mencegah kancer, melancarkan penghadaman dan lain-lain. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado,buah Betikbuah Delima, buah Belimbing dan buah Naga di bawah saya senaraikan 11 Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikal

11 Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikal


1. Kulit yang sihat

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.


2. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .


3. Kaya dengan Vitamin A dan C

Kaya vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.


4. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.


5. Meningkatkan Daya Penglihatan

Turut mengandungi Vitamin A yang bagus untuk kesihatan untuk melawan infeksi dan pencegahan penurunan daya penglihatan


6. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.


7. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.


8. Penghidratan

Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.


9. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik


10. Biji tembikal juga mempunyai kebaikan

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan ­lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.


11. Mengurangkan kesakitan Otot

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.


4 comments:

  1. Thanks for sharing, I like watermelon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. we are same...
      watwemelom is my faverote fruits !

      Delete
  2. terima kasih atas info sobri...anak noe mmg suka sgt dengan tembikai...

    promoted content + Oldtown tuk sobri :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P