Saturday, June 7, 2014

BAHAYA MAKANAN SEGERA



Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Makanan jenis ini mula-mula menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Mahupun apa jua jenis makanan yang dapat disiap dan dihidangkan boleh dianngap makanan segera, lazimnya ungkapan ini dikhususkan untuk makan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Sebelum ini salah pernah membincangkan isu bahaya makanan segara di bawah entry bertajuk kenapa makanan segera membahayakan kesihatan di situ saya telah senarai kesan dan akibat sekiranya makan makanan segera tanpa kawalan yang sepatutnya! turut dikongsikan juga tips mengambil makanan sihat.


Jadi untuk post kali kali ini saya berkongsi article daripada utusan, bahaya makanan segera!– Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.

Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.

  • Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

Antara bahaya makan makanan segera tanpa kawalan!

Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan. Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.

Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini. Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.

CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda. Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung. Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak. Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi,’’ katanya.

Amalkan makanan yang sihat atau makanan yang dimasak sendiri

Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan ‘membesarkan’ anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing. Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.

‘‘CAP mendefinisikan makanan segera sebagai ‘sampah’ kerana ia tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam kuantiti yang banyak. ‘‘Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadap makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan,’’ kata Mohamed Idris.


10 comments:

  1. Mmg memudaratkan klu diamalkan makan selalu kan.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. This is true, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..sobri,

    suka perkongsian saudara , suka baca.. byk ilmu kesihatan di blog nie... insaallah akan cuba amalkan makanan berkhasiat..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro muslim..
      terima kasih membaca..
      diharapkan pkongsian ini semua,.
      dpat menambahkan ilmu dan membantu
      kita smua utk myelesalkan masalah yang dihadapi..
      terimakasih ats skongan ya :P

      Delete
  4. Tapi gua selalu sangat makan makanan segera... EH Subway tu makanan segera ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..lpas ni dah bleh kurangkan sikit bro.. :P

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin