6 CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN AIR | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

6 CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN AIR




1. Mandi menggunakan air yang disimpan didalam kolah atau baldi lebih menjimatkan daripada air pancuran. Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.

2. Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.

3. Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor. Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.

4. Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok. Bil dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.

5. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.

6. Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.


Sumber : Utusan Malaysia

6 comments:

  1. Mmg perlu belajar berjimat cermat terutama dlm musim panas ni.. thanks sharing tips ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro khir..
      tambah musim hujan skrg :)

      Delete
  2. Yes, we should save water especially during drought season.

    ReplyDelete
  3. kita mesti belajar menjimatkan penggunaan air ya!

    ReplyDelete
  4. kita mesti belajar menjimatkan penggunaan air ya!

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P