Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. Kita sedia maklum bahawa madu antara makanan sunnah rasulullah, sebelum ini telah dikongsikan kebaikan dan kelebihan penggunaan madu dalam makanan sunnah, di bawah saya senaraikan pula 5 kebaikan madu untuk kesihatan.
Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sangat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu? Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:
Melegakan sakit tekak dan batuk
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurangkan kesakitan.
Merawat luka dan cedera ringan
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.
Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Baik untuk sistem pencernaan badan
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.
Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan mengambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala
.
Kegunaan lain
Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilangkan kelemumur. Jika digunakan untuk menggosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi. Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat.
Memang tak dapat dinafikan kebaikan dan khasiat madu ni :)
ReplyDeletebetul tu..madu antara
Deletepenawar semulajadi yang
paling banyak khasiat
tersendiri :P
Madu sbg pengubat... tercatat dlm Al Quran... subhanallah..
ReplyDeletebetul..
Deletekhasiat madu turut tercatat
di dlm al quaran..
subanallah :P
Madu sbg pengubat... tercatat dlm Al Quran... subhanallah..
ReplyDeletejadi kita kena bijak
Deletegunakan madu..
sbab terkandung 101 khasiat..
thank reading bro :P