PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU BADAN. | Tips & Panduan Blog's

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN BAU BADAN.


Badan yang berbau sememangnya memalukan dan boleh mengganggu teman-teman sekeliling kita. Di bawah ini disertakan petua-petua tradisional menghilangkan bau badan. Sebelum ini juga ada dikongsikan petua secara tradisional untuk menghilangkan Lingkaran hitam di bawah mata atau dikenali mata panda serta petua tradisional menghilangkan jeragat!


MENTIMUN.

Ambil sebiji mentimun muda kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan sahaja isi dalam mentimun ke bahagian badan yang berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Insyaallah...


BERAS GORENG DAN ASAM JAWA.

Ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus. Hancurkan dan bancuh bersama air asam jawa. Sapukan atau gosokkan ke bahagian badan yang berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Insyaallah akan ada perubahan kepada anda.


PEWANGI PELUH.

Ambil tawas dan hancurkannya menjadi serbuk dan gaulkan dengan sedikit bedak. Setelah itu sapukan dengan rapi ke semua bahgian badan yang berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insyaallah anda akan dapati peluh yang dari badan anda menjadi wangi.


DAUN SIRIH.

Ambil 20 atau 30 helai daun sirih dan direbus bersama segelas air dan jadikan minuman setiap pagi anda. Sebelum meminumnya hendaklah berselawat ke atas Nabi SAW 3 kali sebelum meminumnya. Khasiatnya bukan sahaja mewangikan peluh malah akan menjadikan mata anda sentiasa terang.


4 comments:

  1. mmg mujarab petua nie...
    masa sekolah dulu pernah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh betul..
      petua2 tradisonal ni memng bgus..
      tambahan mengunakan bahan semula jadi :P

      Delete
  2. Petua yg mujarab... alhamdulillah.. bau badan masih boleh control lagi... :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P