CONTOH MAKANAN UNTUK IBU HAMIL DAN BERPANTANG. | Tips & Panduan Blog's

CONTOH MAKANAN UNTUK IBU HAMIL DAN BERPANTANG.


Banyak pilihan makanan yang lebih sihat yang membantu merawat dan mengembalikan kesihatan tubuh selepas bersalin. Berikut adalah pilihan makanan atau masakan sihat semasa berpantang.

Menu sup ikan haruan, antara makanan
 yang bagus untuk diamalkan ketika berpantang.


1. Makan kurma 

Sebelum hamil, semasa hamil dan semasa berpantang. Maksudnya boleh makan kurma sepanjang masa, terutama ketika pantang kurma membantu untuk merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia juga sumber serat baik untuk memudahkan penghadaman.


2. Minyak zaitun 

Minyak Zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.


3. Susu kambing

Susu sumber ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleg diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.


4. Pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran 

Yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan / sayuran yang berlilit atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.


5. Minum Air Secukupnya

Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga. Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda dan membuat anda sakit kepala, pening dan / atau kembung perut.


6 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ..
      semoga bermanfaat
      membaca info dan tips yang ada
      di dalam blog ini..
      happy reading ya :P

      Delete
  2. Amboiii.. Ada makna tersirat di sebalik entry?? Kekeke :P :P :P Lamanya tak singgah sini, sampai tak perasan dah tukar url dan nama. Hhuuhu..

    ReplyDelete
  3. Very great sharing for pregnant ladies.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P