Wednesday, May 28, 2014

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN BEKAS JERAWAT MENGGUNAKAN TIMUN



Bebas bahan kimia dan membantu mengatasi masalah jerawat. Jika anda mempunyai kulit wajah jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Lazimnya, masalah jerawat ini nampak ketara pada bahagian pipi. 

Masker muka daripada timun

Justeru, anda perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya ialah dengan memakai topeng muka atau pupur wajah yang disaran, diamalkan seminggu sekali bagi penjagaan kulit wajah lebih baik. Dengan memakai pupur wajah, ia dapat mengurangkan dan merawat masalah kulit berminyak yang menjadi punca berlakunya jerawat dan pigmentasi. Malah, ia dapat mengecilkan liang pori-pori dan melembapkan kulit wajah. 

Pakar kecantikan turut berpendapat, penggunaan pupur wajah secara konsisten dan teratur dapat membantu mendapatkan kulit wajah yang cantik dan halus. Ia bukan saja dapat menghaluskan kulit wajah tetapi dapat menyingkirkan lapisan kulit mati pada kulit wajah bagi mengelakkannya tersumbat. 

Buat sendiri topeng muka 

  • Selain membeli topeng muka yang terdapat di pasaran, anda juga boleh membuatnya sendiri dan ia mungkin lebih menjimatkan. Bagi yang mempunyai kulit wajah berminyak, topeng wajah yang diperbuat daripada kebaikan timun dikatakan, dapat membantu masalah berkenaan. 
  • Selain memberikan kebaikan kepada kesihatan, termasuk menggalakkan pembentukan diet ringan dan sihat, timun juga memberikan beberapa manfaat dalam rawatan kecantikan.  Apa yang pasti, timun adalah bahan semula jadi dan bebas bahan kimia manakala untuk mendapatkannya tidaklah terlalu susah. Jadi, mengapa tidak mencuba membuat topeng wajah menggunakan timun, apatah lagi bukan sukar untuk menghasilkannya. Kesannya yang sejuk memberikan kesegaran pada kulit wajah. 
  • Kandungan air yang tinggi iaitu 95 peratus dan vitamin A, B & C serta mineral tertentu seperti magnesium, kalium, dan silika menjadikan penggunaan timun penting dalam penjagaan kulit. Justeru, topeng muka yang mengandungi khasiat timun boleh digunakan untuk ketegangan kulit. Timun turut mencegah hidrasi dan meremajakan kulit, di samping menggalakkan pengelupasan dalam epidermis. Selain itu ia juga nutrien yang sangat baik untuk kulit dan membantu meninggalkan kesan lembut serta halus pada kulit. Bahkan, kulit timun juga boleh memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh selaran matahari. 

Cegah kedutan 

  • Pakar kulit dari Omaha, Nebraska, Joel Schlessinger dalam satu artikel menyatakan, kandungan silika dalam timun adalah kolagen yang sangat baik digunakan untuk mengusir dan mencegah munculnya kedutan yang tidak disenangi kebanyakan wanita. 
  • Kandungan potassium dan vitamin yang tinggi, membuatkan buah ini sangat efektif menangkis radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan. Oleh itu, apa tunggu lagi mulai hari ini amalkan penggunaan topeng muka yang dihasilkan daripada timun. Lebih menarik, ia bukan saja sesuai untuk kulit berminyak tetapi juga sebarang jenis kulit wajah. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. 
  • Cara membuat topeng wajah itu mudah saja. Pertama, potong timun dan kemudian kisarkan sehingga halus. Selepas itu barulah disapukan pada pada permukaan wajah dan biarkan lebih kurang 15 hingga 30 minit. Apabila selesai, bersihkan topeng wajah itu dengan air dan bersihkan sisa yang masih menempel dengan air hangat. Untuk hasil yang maksimum, anda boleh menambahkan bahan lain seperti yogurt dan putih telur. 

Tips: Panduan membuat topeng muka menggunakan timun: 


Bahan-bahan: 
* 1 biji timun 
* 1 biji lemon 
* 1 biji telur 

Cara membuatnya; 
1. Kupas kulit timun dan buang bijinya. 
2. Kisar timun sehingga hancur dan saring airnya dalam mangkuk. 
3. Masukkan satu sudu lemon. 
4. Masukkan putih telur dan kacau hingga rata, 
5. Sapukan pada kulit wajah. Biarkan 15 hingga 30 minit. 
6. Bersihkan dengan air suam. 

INFO: Beberapa perkara menarik mengenai timun: 

* Di Malaysia, timun sering dijadikan ulam kerana ia cukup enak dimakan secara mentah dan ada juga yang dimasak terlebih dulu. 

* Di Mesir, jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas yang baik bukan saja untuk demam tetapi berasa ‘terbakar’ dalam badan. 

* Di Russia, timun pada masa dulu dianggap sebagai makanan penting dan dijadikan ubat dalam perubatan tradisional. Bahkan, ada perayaan tradisional sempena timun, yang diadakan di tempat berlainan di Russia. 

* Timun tidak mengandungi sebarang kekotoran yang berbahaya dan sesuai untuk makanan walaupun untuk orang dengan pelbagai reaksi alergi. 

* Timun mengandungi 95 peratus air yang bermaksud bahawa makanan ini sememangnya tidak beban pankreas. 

* Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. 

* Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. 

* Kajian turut mendapati, sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun, membantu mengurangkan paras kolestrol. 

* Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak berkenaan. 

* Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.



7 comments:

  1. Menarik info ni. Boleh diamalkan. T kasih atas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja bro..
      sama-sama..
      semoga bermanfaat &
      jangan lupa amalkanya :P

      Delete
  2. satu sudu lemon tu cane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan satu sudu lemon sekali dalam bahan2 yang tersenarai untuk buatkan mask

      Delete
  3. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete
  4. Saya kira artikel ini sangat bermanfaat buat orang-orang yang membutuhkan artikel ini karena bisa memberikan solusi buat yang sedang menghilangkan bekas jerawat pada wajahnya
    .

    ReplyDelete
  5. Wajah berminyak perlu perawatan khusus yaitu selalu menjaga tetap bersih, cara mudahnya yaitu cuci muka dengan rutin, tapi ingat jangan terlalu sering, karena bisa kering kulitnya. Dan gunakan sabun yang sesuai dengan kulit. ;)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin