Thursday, May 8, 2014

6 TIPS KAWAL PEMAKANAN KETIKA STRESS


Bagi mereka yang sedang berdiet dan sebelum ini suka mengunyah pelbagai makanan ringan, sudah tentu ia agak sukar untuk menghilangkan tabiat itu terutamanya semasa sedang stressPada sesetengah orang, rasa tertekan, sedih atau cemas boleh mendorong mereka makan dengan lebih banyak atau tidak peduli apa makanan yang diambil semata-mata untuk menghilangkan tekanan dan keresahan dalam diri mereka dan sebelum ini ada dikongsikan 10 tips untuk menghilangkan dan mengatasi stress


Cuba ikuti tips ini untuk kawal pemakanan semasa stress supaya anda tetap dapat menjaga pemakanan walaupun sedang tertekan. 

Tips Kawal Pemakanan semasa Stress

1. Pilih Karbohidrat Kompleks
Semasa sedang stress atau marah, jika anda nak lepaskan geram dengan makan, pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti kentang rebus, roti gandum, dan jagung rebus. Ini kerana jenis makanan seperti ini mengandungi sifat penenang apabila hormon serotonin (hormon yang berkait dengan emosi) di keluarkan. Karbohidrat kompleks juga memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicernakan membuat anda kenyang lebih lama berbanding makanan lain seperti donut atau kek yang cepat membuat anda berasa lapar semula. Elakkan makanan manis kerana pengambilan gula semasa stress hanya akan membuat rasa resah anda semakin bertambah.

2. Pilih Makanan Mengandungi Omega 3
Kajian menyatakan bahawa zat omega 3 ini membantu untuk mengatasi rasa stress. Omega 3 boleh didapati dari sumber seperti ikan kembung, ikan saA

3. Banyakkan Minum Air kosong
Apabila badan anda mengalami dehidrasi keran kurang air, ia akan membuat anda berasa stress. Oleh itu, pastikan anda minum air yang cukup seelok-eloknya 8 gelas sehari.

4. Kurangkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan system saraf terasa “penat” dan ini akan menyebabkan anda mudah berasa cemas dan panik.

5. Elakkan Minuman Beralkohol
Jangan sesekali sentuh minuman beralkohol. Ia boleh menyebabkan anda sukar tidur, rasa resah, gugup, cemas dan mengganggu sistem perkumuhan anda. Untuk orang Islam, minuman beralkohol sememangnya haram untuk anda sentuh. Oleh itu, pilihlah jus buah-buahan semasa stress dan bukan minuman beralkohol.

6. Amalkan Minuman Herba
Pengambilan teh herba contohnya seperti teh chamomile atau lemon boleh membantu untuk menenangkan diri anda.


7 comments:

  1. Minum air kosong mmg mrmbantu mengursngkan stress.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. Drink water to reduce stress, good sharing!

    ReplyDelete
  3. Bila nk kurus...ermm..x boleh tahan tgk mknan yg sedap2...panduan yg baik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah kurus gemuk baru sweet...PERGI MATI!!!

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin