Saturday, April 26, 2014

KEBAIKAN PERTANIAN ORGANIK


Pertanian secara Organik ialah menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang kesan yang mencemarkan alam sekitar. Maka, tidak salah jika kita melabelkan pertanian organik adalah suatu amalan pertanian yang mesra alam, di bawah saya kongsikan 4 kebaikan Pertanian Organik



1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH

Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.


2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT

Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.


3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL

Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.


4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK

Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.


8 comments:

  1. Klu rajin & ada kelapangan, ia pun boleh ditanam di rumah kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..
      salah satu cara
      untuk berjimat dan mengeluarkan
      peluh :P

      Delete
  2. Sihat dan subur nampaknya sayur tu...

    ReplyDelete
  3. Organic vege, no insecticide, good for health!

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik..saya ingin menjalankan cari hidup sihat dengan pertanian organik
    Petani organik

    ReplyDelete
  5. thankinfo, dapat memberikan idea saya untuk menbuat tugasan kuliah ;)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin