5 KHASIAT LOBAK MERAH - KUBIS - PERIA - KENTANG | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

5 KHASIAT LOBAK MERAH - KUBIS - PERIA - KENTANG


Pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan yang sihat. Ini kerana buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan badan. Selain itu ia juga bebas dari kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah, di bawah saya kongsikan 5 khasiat lobak merah, kubis, kentang dan peria, yang perlu anda tahu!


Contoh-contoh sayur-sayuran yang penuh khasiat  ialah:-

LOBAK MERAH  

Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu. 
KOBIS 

Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus. Ia juga meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol. Selain itu, meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam. Penelitian terbaru menunjukkan bahwa makan kubis merah dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer. Kubis merah mengandung vitamin K dan antosianin, antioksidan untuk membantu mengurangi plak pada otak, sehingga dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Kandungan serat yang tinggi dalam kubis membantu merangsang sistem pencernaan, dan dengan demikian menghilangkan sembelit.

PERIA

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak. 


UBI KENTANG 

Ubi ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka. 


2 comments:

  1. Peria goreng pun sedap buat makan bersama2 nasi & lauk pauk... pahit2 manis.. best.. :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P