Tuesday, March 4, 2014

PANDUAN: PERKARA YANG WANITA MAHUKAN DARIPADA SEORANG LELAKI



Cara paling senang untuk memahami seorang wanita ialah memberikan kasih sayang, layan mereka dengan baik dan bertutur kata yang menyejukkan hati mereka

  • Wanita sukakan lelaki yang boleh mendengar dan hormati idea mereka, Dimana lelaki menunjukkan rasa hormat dan mendengar keluhan mereka, itu mampu membuatkan perbezaan yang besar di mana wanita itu menilai sang lelaki dan perhubungan mereka.

  • Wanita mahukan lelaki yang bercakap benar, sebagai seorang lelaki, anda haruslah sentiasa bercakap benar dengan sang kekasih yang bakal dijadikan teman hidup. Yang paling penting komunikasi antara kedua-dua pihak, ketidak jujuran akan melahirkan rasa sangsi dan cara paling senang untuk mengekalkan perhubungan yang ada ialah sentiasa jujur dan bercakap benar antara kedua-dua pihak.

  • Wanita mahu rasakan diri mereka istimewa, wanita benar-benar mahukan lelaki yang disayangi berfikir mengenai mereka, tahu apa yang dikehendakinya dan berusaha mencari jalan supaya perkara itu terjadi, walaupun kadang-kadang tidak berhasil, usaha yang ditunjukkan oleh lelaki itu sudah cukup menunjukkan lelaki itu seorang yang boleh diharapkan untuk menjadi pasangan hidup.. Ayat ringkas seperti "Saya Sayang Awak" pun sudah cukup membuatkan wanita itu berasa  bahagia.

8 comments:

  1. wanita akan melenting jikalau terasa ditipu...jangan sesekali menipu wanita yg disayangi...dah ada ke sobri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 jangan sekali2 main apa dgn wanita..tambah2 kalau yg dah berkahwin :P

      Delete
  2. biasa la... manusia berbeza... rambut sama hitam. hati lain lain... tapi boleh di perbaiki... alhamdulillah amin :)

    ReplyDelete
  3. ikutkan wanita ni memang macam2 benda dia nak..hahahah

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin