Wednesday, March 19, 2014

KESAN MEROKOK KEPADA EKONOMI NEGARA


Merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop,

golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 

Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.


Produktiviti Pekerja Menurun, Pengeluaran Dan Pertumbuhan Negara Berkurang

Jika di peringkat individu, merokok menyebabkan ketidakhadiran pekerja meningkat, dan akhirnya kesan dirasai dalam bentuk mengurangan pendapatan keluarga sekarang dan juga di masa hadapan. Bagi negara pula, kesan merokok dan ketidakhadiran tinggi akan menjadikan produktiviti atau daya pengeluaran pekerja berkurang. Akibatnya pengeluaran negara berkurang dan kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Pelabur-pelabur asing juga akan melihat kepada produktiviti pekerja di sesebuah negara sebelum berani melabur dana mereka. Sekiranya masalah kesihatan pekerja terutamanya berkaitan dengan merokok tidak dibendung, maka peluang menarik pelabur-pelabur asing ini akan berkurang.


Akibatnya negara tidak dapat meneruskan program pembangunan yang menjamin mencapaian wawasan 2020. Dengan jelas dapat dikaitkan tabiat merokok yang akan merugikan negara. Iaitu apabila pekerja-pekerja yang merokok jatuh sakit. Seterusnya produktiviti mereka akan turun. Ini akhirnya menjejaskan pengeluaran negara, serta peluang kita menjadi negara maju.

4 comments:

  1. Merokok...membahayakan kesihatan...
    Bila bekerja dgn team yg kesemuanya lelaki..yang kesemuanya perokok tegar..memang sgt menyesakkan nafas :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu..
      merokok memberbahayakan kesihatan :P

      Delete
  2. Lebih baik jauhi merokok ni.. dahlah mahal skrng, memudaratkan pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju bro khir.katakan tidak pada merokok

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin