Monday, February 24, 2014

9 TIPS PENTING MERANCANG PERCUTIAN YANG ANDA IDAMKAN!



Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan. 


  • Membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati. 
  • Layari internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu. 
  • Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan. 
  • Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman juga boleh dijadikan lokasi untuk membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka 
  • Jadilah, pengguna yang baik dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.
  • Sekiranya anda berada dalam bahaya atau anda ragu-ragu keselamatan anda mungkin berada dalam bahaya, cepat-cepatlah hubungi rakan-rakan anda atapun hubungi polis
  • Pastikan anda semak terlebih dahulu jadual pengangkutan awam supaya anda tidak terlepas servis yang terakhir pada hari tersebut
  • Elakkan daripada keluar berseorangan. Sekiranya anda hendak keluar ke sesuatu tempat, pastikan anda beritahu rakan serumah anda kemana anda pergi dan bila sepatutnya anda akan pulang ke rumah
  • Bercuti sambil meneroka Malaysia kerana terlalu banyak lokasi percutian yang menarik di negara ini yang setanding dengan negara luar.

7 comments:

  1. Replies
    1. semoga dapat membantu dlm merancang percutian :P

      Delete
  2. Betul tu...di Malaysia juga ada bnyk lagi tempat2 manarik yg blm diterokai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya setuju, support industri perlancongan malaysia

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tips yg sgt berguna sekali kadang tu otw bercuti baru sibuk menggoogle...sambil klik3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, jangan x google dulu..buat persediaan :P

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin