Saturday, February 22, 2014

TIPS MENGATASI STRES



Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan dan sangat mengganggu fokus! Jadi apabila kita stres kita perlu bertenang dan di bawah adalah tips untuk mengatasi stres!



Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


3 comments:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin