TIPS ELAKKAN PERASAAN GEMURUH SEMASA INTERVIEW | Tips & Panduan Blog's

TIPS ELAKKAN PERASAAN GEMURUH SEMASA INTERVIEW




3 Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:


Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.


Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan

Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!


Tips 3: Berfikiran optimistik

Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.



2 comments:

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P