Monday, February 24, 2014

TIPS BERSIKAP POSITIF DI TEMPAT KERJA




Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:


1. Ikhlaskan niat bekerja

Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah. Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda. Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.


2. Tanamkan minat dan suka bekerja

Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan. Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.


3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri

Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.



4. Tekad untuk jadi lebih baik

Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya? Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.


5. Bertindak demi kecemerlangan

Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

sumber:

6 comments:

  1. Betul tu... minat boleh mengawal kadar stress bekerja.. thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah dengan ikhlas , segalanya jadi mudah , ^_^

    Saya ambil tips ni sbg tips di tempat belajar..boleh kan?try apply utk situasi diri . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak ada masalah, yang penting kita sentiasa bermotivasi untuk melakukan apa sahaja P

      Delete
  3. alhamdulillah.. sy jumpa jgak jawapan yg terbaik untuk sy amalkan. sy akan cuba jdikan petua kat atas ni sbgai amalan. kerja kerana ALLAH s.w.t... inshaaAllah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..amin mintak-mintak tips di atas dapat membantu dan mengamalkanya..amin insaallah :P

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin