PANDUAN KETIKA MENGAMBIL VITAMIN | Tips & Panduan Blog's

PANDUAN KETIKA MENGAMBIL VITAMIN



Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar. Di bawah adalah panduan untuk mengambil vitamin


  • Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

  • Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.

  • Ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.d. Suruh ibu bapa teman semasa mengambil vitamin *peringatan untuk anak kecil*"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos.

  • Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin / bagi yang masih di bawah umur adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya. *memerlukan pengawasan keluarga / orang yang berpengalaman*

  • Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat. vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.

2 comments:

  1. Betul tu.. vitamin biarlah yg berdaftar & di sahkan selamat.. thanks sharing ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..pastikan kita tahu jenis-jenis vitamin dan kegunaanya..dan pastikan product itu didaftar :P

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P