Tuesday, February 25, 2014

PANDUAN: TANDA MENGALAMI ALAHAN MAKANAN

Gejala alahan makanan termasuklah rasa seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam hives, kesukaran bernafas, pening serta bengkak pada bibir, muka , lidah dan tekak. Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.


Apakah tanda-tanda seseorang itu menghidapi alahan makanan?

Reaksi alahan terhadap makanan kebiasaannya melibatkan 3 bahagian utama iaitu sistem pencernaan, kulit dan sistem pernafasan. Kebanyakan reaksi alahan makanan adalah ringan namun bagi sesetengah individu boleh mengalami reaksi yang teruk sehingga mengakibatkan maut.



Tanda-tanda dan gejala-gejala alahan makanan termasuklah :

  • Sistem pencernaan
  • perut memulas
  • rasa loya
  • muntah
  • cirit birit
  • Kulit
  • Gatal-gatal pada kulit
  • Angiodema - bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
  • Ekzema - kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih
  • Sistem pernafasan
  • Lelah atau termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
  • Anaphylaxis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah dan terkejut malah boleh mendatangkan kematian.

6 comments:

  1. Thanks for the info Sobri...
    Akak memang ada alahan pada seafood especially kalau dah lama...kalau fresh ok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama akak..semoga bermanfaat bg yg membaca

      Delete
  2. Saya pernah alahan makanan & kena cirit birit.. sengsara.. tp alhamdulillah.. lama tak kena dah. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya ada alahan pada segala jenis mint. Papermint, spearmint, serta apa2 bahan menthol yg sejuk2 mcm shampoo, ubat gigi, sabun, aiskrim dll yg biasanya ada dicampur mint. Allergy ni akan buatkan sekitar mulut saya mengelupas kulitnya, rasa miang2 dan kemerah2an. Menyeksakan lebih2 lagi agak jelas kelihatan di muka kita.

    Lepas 2 tahun menghidap masalah ni, pelbagai doktor saya jumpa akhirnya saya berjumpa pakar kulit di Tangkak yg mengesan allergy saya pada bahan berasaskan mint.

    Kalau boleh saya elakkan, tapi bila dah tak sengaja guna barang2 yg ada mint ni, tentu saya kesusahan kerana hampir seminggu kesannya. Saya sedang mencari kalau2 ada penawar yg boleh menyelesaikan masalah saya ni.

    ReplyDelete
  4. Saya ada alahan pada segala jenis mint. Papermint, spearmint, serta apa2 bahan menthol yg sejuk2 mcm shampoo, ubat gigi, sabun, aiskrim dll yg biasanya ada dicampur mint. Allergy ni akan buatkan sekitar mulut saya mengelupas kulitnya, rasa miang2 dan kemerah2an. Menyeksakan lebih2 lagi agak jelas kelihatan di muka kita.

    Lepas 2 tahun menghidap masalah ni, pelbagai doktor saya jumpa akhirnya saya berjumpa pakar kulit di Tangkak yg mengesan allergy saya pada bahan berasaskan mint.

    Kalau boleh saya elakkan, tapi bila dah tak sengaja guna barang2 yg ada mint ni, tentu saya kesusahan kerana hampir seminggu kesannya. Saya sedang mencari kalau2 ada penawar yg boleh menyelesaikan masalah saya ni.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin