Sunday, February 23, 2014

KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI


Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?





Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.


Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah  sarapan sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.


Mengapa anda perlu mengambil sarapan pagi? 

Semalaman anda telah menghabiskan masa untuk tidur tentulah perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air apabila anda bangun di pagi hari. ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikitit, tidak ada apa-apa zat yang melalui badan kita. Perkara yang sama juga terjadi kepada anak anda.



Sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk membantu anak supaya dapat memberi sepenuh tumpuan dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda dan sahsiah anak. Dengan bersarapan pagi dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


“Banyak kajian menunjukkan bahawa sarapan adalah hidangan paling penting setiap hari. Bukan saja ia mampu memberikan tenaga untuk memulakan hari baru, tapi turut dikaitkan dengan banyak kebaikan kesihatan termasuk mengawal berat badan serta meningkatkan prestasi kanak-kanak dalam kelas. Bagaimanapun, realitinya satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia keluar rumah tanpa bersarapan. “Selain itu, terdapat perbezaan tabiat bersarapan antara kanak-kanak di bandar dan luar bandar. Jika hari anda dimulakan dengan sarapan berkhasiat, banyak perkara positif akan berlaku sepanjang hari,”

sumber:

4 comments:

  1. Saya mmg tak boleh klu tak bersarapan.. klu lunch tu lambat sikit masih boleh tahan lagi, tp klu sarapan pagi mmg tak boleh... buat kerja pun tak seronok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sarapan itu memang wajib bro khir..boleh spoli hari klau tak dimulakan dengan sarapan :P

      Delete
  2. Thanks for the info...
    Salam isnin Sobri

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin