Friday, February 28, 2014

APA ITU RESDUNG? / SERTA RAWATAN DAN PENCEGAHAN YANG EFEKTIF




Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 


Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan.

Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.



Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

  • Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
  • Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

 Dewasa

  • Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

  • Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan 
  • Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
  • Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 

Penjagaan Diri

  • Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam. 
  • Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
  • Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
  • Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
  • Berehatlah secukupnya.
  • Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.

7 comments:

  1. Saya pun pernah kena resdung.. thanks sharing info tips ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu.. kena dapatkan rawatan..sama-sama :P

      Delete
  2. Assalamualaikum.. sheila taktahu la sheila ni ada resdung ke tidak.. mak cakap ada, hidung berdarah atau tahi hidung berdarah tu resdung ke? hehehe mohon pencerahan ekkk ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. sheila boleh baca / rujuk entry2 yang terdalu tanda2 awal penyakit resdung ..:P

      Delete
  3. Sy memang ada resdung
    Thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi,saya ingin bertanya?
      da empat hari,saya asyik terbau busuk saja,seperti bau menanah gitu..
      dan cuba saya na elakan dari berbau busuk,saya gunäkan minyak angin cap kapak,
      saya tetes kan ke tisu,dan sumbatkan kedalam hidung saya sebelah kiri saja yg berbau busuk. dan termasuk hari kempat,barulah dalam diam,tiba2 ada lendiran yg na keluar dari lubang hidung. saya lihat dicermin,lendiran itu pekat dan berwarna kuning.
      Apakah saya sudah mengidap penyakit resdung? terimakaseh.

      dari yg ingin sangat2 tahu sakit ini.. 🙁

      Delete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin