Saturday, February 22, 2014

INFO - KENAPA MAKANAN SEGERA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


Faktor utama kenapa masyarakat sekarang gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa, dan bagi golongan yang bekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera yang berlambak-lambak di pasaran, Lagipun sesetengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari tidak kira pada waktu siang pagi atau lewat malam jadi asalkan perut lapar pergi sahaja kemana-mana kedai makanan segera yang berhampiran di kawasan rumah anda. selain itu di pusat membeli-belah juga terdapat pelbagai jenis makanan segera untuk dipilih, pilih sahaja mana yang berkenan di hati dan bajet yang ada, tahukan anda bahawa pengambilan makanan segera dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan, di bawah alasan dan sebab kenapa makanan segera membahayakan kesihatan ?


Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai 1001 penyakit datang mengundang!


Di bawah ini saya senaraikan kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan.

  • Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

  • Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

  • Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dankarbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

  • Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalahpengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

  • Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Macam mana takut tak baca mengenai kesan-kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan, pelbagai penyakit akan melawat anda sekiranya anda tidak mengawal kuantiti pengambilan makanan segera, ingat lagi dulu saya ada menulis article mengenai penyakit kanser dan salah satu penyebab penyakit kanser datang menyerang adalah disebabkan oleh  kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser (klik disini) untuk membaca entry terdahulu. Di bawah pula saya senaraikan makanan segera yang harus dielakkan  mengambil secara berlebihan.


Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan, Sekiranya anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:

  • Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan. 
  • Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak. 
  • Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi. 
  • Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi 


Dan di sini pula saya membuat perbandingan kolori dan lemak di antara makanan segera dan makanan yang di masak di rumah, Jadi anda nilai-nilaikanlah sendiri, tepuk dada tanya salera.

Makanan
Kalori
Lemak
McDonald’s Big Mac
563
33 gram
Medium-saiz McDonald dengan Kentang Goreng
384
20
Medium-saiz McDonald vanilla shake
733
21
Keseluruhan bagi satu hidangan
1,680 kalori
74 gram



Burger King Whopper dengan keju
790
48
Medium-saiz Burger King dengan Kentang Goreng
387
20
Medium-saiz Burger King vanilla shake
667
35
Total for one meal
1,844 kalori
103 gram



Perbandingan makanan segera dengan makanan rumah:

1 / 2 ayam panggang
142
3 gram
Medium-saiz kentang kukus
130
0
1 / 2 cawan kacang hijau
67
0
1% susu dalam gelas - 8 auns
102
3
1 cawan sos epal tanpa gula
105
0
Keseluruhan bagi satu hidangan
546
5 gram


Ok cara paling senang untuk mengawal kuantiti pengambilan makanan segera adalah anda digalakkan masak makanan sendiri di rumah, Cuba anda pergi ke dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. Jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk memasak sendiri di rumah.


2 comments:

  1. makanan segera ni memang perlu dielakan kerana kebanyakannya mengandungi lemak, minyak, garam n msg yg tinggi n boleh merosakan kesihatan tubuh badan....klik2

    ReplyDelete
  2. Makanan segera mmg sedap, tp memudaratkan...

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin