Saturday, February 22, 2014

CARA -CARA MENGATASI MASALAH ALAHAN MAKANAN



Alahan makanan didefinisikan sebagai kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap makanan atau minuman. Pencegahan dan rawatan yang tepat perlu diberikan dengan segera untuk mengelakkan masalah alahan berpanjangan oleh itu di bawah antara cara-cara mengatasi masalah alahan makanan yang boleh andai practivekan.

Apakah faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak menghidapi alahan makanan?


Faktor genetik/sejarah ahli keluarga 

Kebarangkalian seorang kanak-kanak itu menghidapi alahan makanan adalah 20-40% sekiranya salah seorang daripada ibu bapa menghadapi alahan dan 25-35% seorang daripada adik beradik menghadapi alahan. Namun kebarangkalian ini meningkat kepada 40-60% sekiranya kedua ibu bapa menghidapi alahan dan semakin tinggi 50-80% sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai alahan yang sama. Bagi ibu bapa yang tidak menghidapi alahan, kanak-kanak turut mempunyai kebarangkalian sebanyak 5-15% untuk menghidapi alahan makanan. (Rujuk Gambar rajah 1).


Faktor pemakanan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hill D.J. et al (1997) di Asia, didapati ramai kanak-kanak di bawah 1 tahun alah terhadap susu lembu, soya dan telur, diikuti dengan ikan dan makanan laut.

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

  • Susu lembu
  • Telur
  • Legum (kacang soya dan kacang tanah)
  • Kekacang (kacang badam, kacang gajus, kacang pecan, kacang pistasio, kacang walnut)
  • Ikan
  • Hidupan laut yang bercangkerang (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
  • Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)
  • Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, seleri, kiwi, pisang, avocado, betik dan sebagainya)

Pencegahan dan Rawatan

Pencegahan:-

Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama dapat melindungi bayi. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga 24 bulan atau lebih.

Bagi bayi yang berusia di bawah 6 bulan, sekiranya susu formula diperlukan, maka susu formula boleh digunakan berdasarkan perkara di bawah:-

  • Bagi individu yang tiada sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik, susu formula biasa boleh diperkenalkan.
  • Bagi kanak-kanak yang mempunyai sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik, maka susu formula separa hadam kebiasaannya dilabelkan "HA" atau "hypo-allergenic" boleh diperkenalkan selepas mendapat nasihat doktor.

Perhatian:- susu formula separa hadam ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang telah didiagnosa alahan terhadap susu lembu. Susu soya dan susu mamalia lain seperi susu kambing tidak digalakkan bagi mencegah alahan makanan.

Bayi yang mengalami masalah 'cow's milk allergy', hanya sesuai minum susu ibu atau susu yang dihidrolisis sepenuhnya. Sila dapatkan nasihat doktor.

Pengenalan makanan pejal kepada bayi harus bermula pada usia 6 bulan ke atas Apabila bayi mula bersedia, perkenalkan makanan baru satu persatu selama 2 hingga 3 hari. Sekiranya berlaku reaksi alahan, elakkan makanan tersebut
.
Mulakan makanan seperti bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makanan sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging dan telur perlu diperkenalkan satu demi satu sehingga tiada tanda alahan.

Rawatan:-

Di antara rawatan alahan makanan yang boleh dilakukan:-

Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan yang menyebabkan alahan makanan merupakan langkah yang paling berkesan. Dapatkan nasihat Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik sekiranya perlu.

  • cara-cara mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti membaca label makanan dan pemilihan makanan ketika menghadiri majlis-majlis keraian. mengenal pasti tanda-tanda alahan makanan serta pengurusan awal sekiranya reaksi alahan berlarutan.
  • pengehadan makanan secara keterlaluan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan seterusnya, menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut. Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik.
  • Pastikan bayi dan kanak-kanak diberi makanan seimbang mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia.

sumber:http://www.myhealth.gov.my

1 comment:

  1. Perkongsian yg bagus utk dijadikan rujukan utk mengatasi alahan.. t kasih.. :)

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin