TIPS PERBEZAAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN | Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

TIPS PERBEZAAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN


Perbezaan dan kelebihan fungsi otak kiri dan otak kanan. Seperti yang kita tahu otak kita ibarat sebuah komputer yang besar dimana mempunyai kelebihan, kelemahan, kekuatan, kekurangan dan cara tersendiri otak kita  berkerja untuk memproses maklumat.

kenapa saya membuat entry kali ini berkenaan otak kiri dan otak kanan kerana, saya mencari sebab dan  kekuatan otak saya disebelah mana, walaupun kebanyakan orang kata perbezaaan, fungsi otak kiri dan kanan adalah sekadar teori, bagi saya ini satu kelebihan kepada kita untuk mengetahui kelebihan dan  kekurangan untuk memperbaiki diri dan kelebihan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat dan impian kita.


kelebihan dan kekurangan otak kiri dan kanan

Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.


Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.


Di sini saya ringkaskan untuk anda supaya lebih senang untuk mahami kekuatan otak anda.

      OTAK KIRI

  • Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  • Menganilisis secara terperinci.
  • Berfikir secara linear (pengelolaan).
  • Menguasai matematik.
  • Menggunakan logik.
  • Memahami bahasa.
  • Memahami lisan.
  • Peka kepada fakta.
  • Berfikir menggunakan perkataan.
  • Mengingat lirik lagu.
  • Perlukan rasional.

     
      OTAK KANAN

  • Mencari ilham (intuisi).
  • Berfikir secara kreatif.
  • Berkaitan seni.
  • Menggunakan imaginasi.
  • Bersifat subjektif.
  • Retma (rentak/intonasi).
  • Memahami tanpa lisan.
  • Perasaan (emosi).
  • Berfikir menggunakan gambaran.
  • Menghayati irama lagu.
  • Ada visi.


Sama ada kelebihan otak anda sama ada otak kiri dan kanan pastikan setiap kelebihan yang ada digunakan dengan sebaiknya dan jangan berasa merendah diri sekiranya kita tidak mempunyai kelebihan @ keistimewaan seperti orang lain kerana setiap manusia mempunyai keunikan yang tersendiri

Extra Note: kalau anda nak tau otak mana lebih dominan pada otak kita, sila silangkan jari tangan anda ( tangkupkan tangan) dan lihat ibu jari mana yang berada di atas, jika ibu jari kanan di atas, maka anda banyak menggunakan otak kiri...tetapi sebaliknya jika kiri di atas, maka anda lebih cenderung menggunakan otak kanan :P





8 comments:

  1. Subhanallah.. hebatnya ciptaan Allah swt... salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  2. utk jadi yg terbaik kena seimbangkan kedua2 belah otak...kalau rasa kita byk guna otak kiri dari otak kanan...cuba tingkatkan penggunaan otak kanan....itu apa yg noe baca sebelum ni la... :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic.. terima kasih ats pertambahan info tu sis :P

      Delete
  3. kadang-kadang kita tak pernah berfikir tentang perbezaan nie..nice sharing ye

    ReplyDelete
  4. termakasih sudah berbagi .. kalau begitu sya juga mau berbagi nih tantang AKTIVASI OTAK KANAN brangkali bisa jadi manfat buat agan.. klik sja link ini >> GERAKANSENAM OTAK

    ReplyDelete
  5. kalau separuh separuh macam mana ?

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P