TIPS DAN PANDUAN UNTUK ELAKKAN MASALAH | Tips & Panduan Blog's

TIPS DAN PANDUAN UNTUK ELAKKAN MASALAH


Masalah. semua orang ada masalah tak kira kecil atau besar masalah itu perlu dihadapi sebaik mungkin, tapi bagaimana cara kita menyelesalkan masalah itu? atau semakin teruk apabila kita berusaha untuk menyelesalkanya. Di bawah saya ada menyenaraikan 5 tips dan panduan untuk mengelakkan masalah

semua orang ada masalah, kucing pun ada masalah sendiri :)

Ya Kita Ada Masalah

Mengakui ada masalah adalah cara pertama bagi menghadapinya. Seperti orang yang ada sakit darah tinggi, mereka kata dirinya baik sahaja. Cuma ada sedikit pening-pening dan kepala pusing mungkin sebab penat. Dia tidak mengakui dia ada penyakit. Akibatnya sakitnya semakin serius dan payah diubati. Sebagai pemimpin kita perlu mengakui apabila diri kita dan organisasi kita ada masalah. Selalunya kita tidak mahu mengakui wujud masalah kerja kerana tidak mahu dianggap lemah dan tidak pandai memimpin organisasi. Akhirnya kita terus menafikan wujudnya masalah sehingga ia terlalu lewat diselesaikan.


Fikir Positif Bagi Menyelesaikan Masalah

Ada sesetengah orang tidak suka ada masalah. Mulalah dia tidak selera makan dan berwajah muram sepanjang hari. Berfikirlah secara positif masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Menjadi pemimpin ada banyak masalah, jadi berdepanlah dengan masalah. Ramai orang yang takut menghadapi masalah sehingga dia langsung tidak berani mencuba menyelesaikan masalah itu. Di sinilah kualiti kepimpinan kita dipertonjolkan.


Bermesyuarat

Apabila berhadapan dengan masalah, bermesyuaratlah. Menyelesaikan masalah dengan bermesyuarat, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan lebih baik. Lebih banyak pandangan dan idea daripada orang lain yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh kita. Mesyuaratlah dengan usaha bagi merungkaikan masalah yang kusut. Jangan jadikan mesyuarat tempat hentam-menghentam dan saling salah menyalahkan orang.


Senaraikan Cara Penyelesaian

Tujuan utama mesyuarat adalah mencari cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah. Tidak jatuh kredibiliti kita sekadar meminta pandangan daripada orang lain bagaimana cara menyelesaikan masalah. Letakkan ego kita pada tempat yang betul. Galakkan orang memberikan cadangan tanpa memberikan komen walaupun cadangan yang diberikan itu langsung tidak masuk akal.


Selesaikan Dengan Hati Yang Terbuka

Ada kalanya kesimpulan masalah melibatkan kesalahan, kecuaian orang lain ataupun mungkin diri kita sendiri. Terimalah dengan hati terbuka. Jangan disebabkan ego kita masalah itu terus berlarutan hanya kerana kita tidak senang dengan cara itu walaupun sudah ada cara menyelesaikannya.



3 comments:

  1. Utk selesaikan mslh akn mnjadi lg mslh apabila sebelah pihak nak buat tp sebelah pihak lg buat duno :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kena ada kesamaan..klau tak semua x menjadi..paling penting jangan ada pihak 3 yg jadi batu api masa kita nakmnyelesalkan masalah... based on my experince la he..he :P

      Delete
  2. berhadapan dengan masalah n menyelesaikannya bukanlah senang...tapi itu tindakan berani n wajar...lari daripada masalah adalah dayus sifatnya....klik3.

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P